Rabu, 23 November 2016

Terma dan Syarat

Terma ini hendaklah digunakan untuk semua kontrak yang dibuat antara Pemilik rumah dengan penyewa-penyewa (seterusnya disebut penyewa) dan sah untuk semua tempahan dan perjanjian untuk sewa tempat tinggal dan hendaklah digunapakai untuk semua kemudahan di Pemilik rumah.

Penyewa adalah dikehendaki untuk membaca Terma dan Syarat ini. Kontrak ini merupakan syarat tambahan kepada bayaran deposit penyewa.


Sewaan adalah berjumlah RM150.00 sehari untuk satu rumah.

Diskaun hebat akan diberi jika menginap 2 malam ke atas.

Sewa 1 malam                = RM150.00

Pakej A : (2 malam)       = RM250.00

Pakej B : (3 malam)        = RM400.00

Kadar sewa asas akan berubah dari semasa ke semasa.


Bayaran awal penempahan (deposit) ialah RM100 (untuk sewa 1 hari 1 malam) atau RM 200 (sewa lebih dari 2 hari 2 malam) dari jumlah keseluruhan sewa.

Pembayaran boleh dibuat dengan tunai atau pindahan wang antara bank. Bayaran keseluruhan sewa boleh dibuat secara tunai pada hari pendaftaran masuk atau pemindahan wang sehari sebelum hari mendaftar masuk atau bersama-sama dengan deposit.

Pengunjung tidak akan diberi kunci dan tidak dibenarkan masuk sekiranya tidak membayar kesemua jumlah bayaran.






* Pengesahan Tempahan *

Hanya penama di dalam surat perjanjian sewa dan kad pengenalan diri yang sama sahaja dibenarkan daftar masuk. Ini untuk mengelak sebarang
penipuan atau penyamaran.

* Pembatalan penempahan *

<20 hari sebelum tarikh daftar masuk = semua wang deposit akan dipulangkan.
< 5 hari sebelum tarikh daftar masuk = kesemua duit deposit akan hangus

Daftar masuk bermula pukul 2.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari. Kegagalan untuk mematuhi masa daftar keluar akan dikenakan penalti RM 10 bagi setiap jam. Daftar keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan satu hari mengikut kadar semasa.

Keselamatan penyewa dan tanggungan mereka selama menginap di Pemilik rumah adalah di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Kecederaan dan kemalangan semasa menginap di premis adalah di bawah tanggungjawap penyewa. Penyewa tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi daripada pihak pengurusan Pemilik rumah akibat kemalangan atau kecederaan yang penyewa dan tanggungan mereka alami semasa menginap di premis ini.

Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga. Pihak Pemilik rumah tidak akan bertanggungjawab atas kerugian hartabenda akibat kegagalan mematuhi arahan mengunci kediaman.

Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa  dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi.

Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan premis (ruang tamu, bilik tidur, bilik air, ruang makan dan dapur).

Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.


Semua kegiatan tidak bermoral termasuk minum arak adalah dilarang di dalam premis. Kegagalan mematuhi larangan boleh menyebabkan pihak pengurusan Pemilik rumah membatalkan penginapan dan tiada bayaran kembali akan dibuat.

Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.

Pemilik rumah berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.

Dengan menerima tempahan ini, anda yang bertanggungjawab sekiranya perkara di atas berlaku.


Homestay ini merupakan sebuah Apartment 5 Tingkat (Tingkat 5) dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan 1 tandas.

Semua bilik dilengkapi kipas dinding dan penghawa dingin dengan 1 katil Queen Size dan 1 katil bujang beserta tilam dan bantal.

Kemudahan TV disediakan berserta 1 set DVD dan meja makan lipat untuk 4 orang.

Dapur dilengkapi dengan periuk nasi elektrik, cerek elektrik  dan dapur memasak termasuk tong gas untuk kemudahan memasak.

Peti sejuk juga disediakan untuk kemudahan menyimpan barang sejuk beku dan sebiji mesin basuh turut disediakan untuk kemudahan pengunjung membasuh pakaian.


* Alamat *

E503, Block E, PD Perdana Condo Resort, Batu 5 ½ Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Homestay berhampiran dengan Bandar Sunggala, Port Dickson (1km, 5min).
Berhampiran Kedai Makan, Hospital, 7 Eleven, Dobi dll.

Berdekatan dengan pantai-pantai awam seperti Pantai Teluk Kemang (7 minit), Tanjung Tuan (10 minit), Pantai Cahaya, Pantai Cermin, Pantai Sri Rusa, Muzium Tantera Darat, Muzium 3D dll.

Pemilik Rumah akan memberi 1 set kunci atas maksud sewaan penginapan seperti alamat di atas setelah sejumlah deposit di berikan bersama 1 kad keluar masuk kawasan penginapan (access card).

NO TELEFON PEMILIK RUMAH :             019-9793827 Image result for wassup
019-3573638 Image result for wassup





























HOMESTAY DI PORT DICKSON